Kelas Computer Art Bersama Pelajar Tabika Kemas
22 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2021, PEDi Tj. Bowang telah mengadakan kelas Computer Art bersama dengan 2 orang pelajar Tabika Kemas Tanjong Poting. Di dalam kelas ini, para pelajar telah mempelajari mengenai:
- Shape Flash Cards
- Pelajar diperkenalkan dengan pelbagai jenis bentuk menggunakan Flash Cards.
- Pelajar mempelajari nama-nama bentuk berserta dengan contoh kewujudan bentuk tersebut di dalam kehidupan seharian.
- Tate Paint Website - Art Lab
- Pelajar mempelajari cara melukis menggunakan aplikasi ini.
- Pelajar diminta melukis bentuk-bentuk berdasarkan Flash Card yang telah dipilih.
- Build Your Snowman
- Pelajar mempelajari cara membina Snowman mengikut kreativiti masing-masing menggunakan laman web www.dbswebsite.com
- Short Contest Jingsaw Puzzle
- Pelajar diberi peluang untuk bermain permainan Jingsaw Puzzle (susun suai gambar) di mana dapat meransang otak para pelajar dan membentuk skil pemikiran logik mengenal objek dan warna.
Sesi penyampaian hadiah turut diberikan kepada para pelajar yang memenangi Short Contest Jigsaw Puzzle. Pihak PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama adik-adik ini dan diharapkan ilmu yang disampaikan bermanfaat buat mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: