Sesi Draw & Guess, Jigsaw Puzzle & E-Learning
23 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Disember 2021, PEDi Tanjong Bowang telah menganjurkan sebuah Sesi Draw & Guess, Jigsaw Puzzle & E-Learning bersama dengan 2 orang kanak-kanak dari komuniti setempat. Di dalam sesi ini, kanak-kanak telah didedahkan dengan:
- Draw & Guess:
- Menguji kebolehan para pelajar untuk meneka gambar yang dilukis mengikut tema masing-masing.
- Jigsaw Puzzle
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menyusun atur kepingan puzzle mengikut gambar asal.
- Melatih tahap fokus dan perhatian pelajar terhadap tugasan dan misi susunan kepingan puzzle yang betul.
- WordWall:
- Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar menyusun susun kata dengan betul.
- E-Learning:
- Permainan Road Rally : Menguji ketangkasan pelajar menekan papan kekunci dan mencapai misi mendapatkan Coin dan skor tinggi.
- Permainan Bubble Shooter: Menguji kreativiti pelajar untuk menembak bubble yang benar dan menyusun strategi.
Selain itu, pihak PEDi Tanjong Bowang turut ada menyampaikan sedikit cenderahati buat pelajar ini sebagai tanda penghargaan kerana sering berkunjung dan menghadiri sesi kelas / aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun ini. Semoga segala ilmu yang disampaikan bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: