Kelas Asas Kesihatan Mental, Ujian Personaliti & Penipuan Identiti Atas Talian (KDB)
28 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2021, PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan Kelas Asas Kesihatan Mental, Ujian Personaliti & Penipuan Identiti Atas Talian (KDB) bersama dengan 5 orang para pelajar yang juga ahli PEDi Tanjong Bowang. Berikut merupakan butiran mengenai sub-topik yang telah dikongsikan bersama dengan para pelajar:
- Asas Kesihatan Mental
- Memberi pendedahan mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan mental seperti mana kesihatan fizikal juga.
- 3 cabaran yang ada dalam kalangan individu
- Kemahiran interpersonal dan intrapersonal
- 7 tips menangani stress
- Ujian Personaliti
- Para pelajar diberikan beberapa kuiz dan soalan yang menarik berkaitan dengan personaliti diri.
- Penipuan Identiti Atas Talian (Klik Dengan Bijak)
- Pelajar didedahkan dengan kepentingan mempunyai kata laluan media sosial yang kuat agar tidak digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Pelajar didedahkan dengan contoh jenayah kes siber yang kian menular dalam kalangan anak muda dan belia.
- Pelajar turut diberi kesedaran agar sentiasa berhati-hati apabila berkenalan dengan orang yang baru sahaja dikenali di laman media sosial.
Selain itu, para pelajar turut diberi peluang untuk bermain permainan atas talian iaitu Word Search Klik Dengan Bijak dengan tujuan menguji kecekapan dan ketangkasan minda masing-masing dalam mencari perkataan tersembunyi. PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat ini bersama para pelajar dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: