Microsoft Office & Klik Dengan Bijak
27 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2021, telah diadakan kelas Microsoft Office dan Klik Dengan Bijak bersama dengan seorang ahli PIK Tanjong Bowang yang merupakan pelajar semester 1 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Petugas Pusat Internet Komunti (PIK) memberi tunjuk ajar tentang penggunaan format yang betul dan tepat berdasarkan panduan yang diberikan oleh pensyarah mereka. Sebagai contoh, membuat jadual serta penerangan tentang kepentingan meletakkan tajuk pada setiap jadual. Selain itu, penerangan tentang fungsi ribbon Microsoft Word seperti membuat rujukan secara manual atau secara atas talian. Turut disertakan perkongsian oversharing yang merupakan pendedahan maklumat kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada dengan perkongsian peribadi di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: