Mendaftar dan Mengemaskini Akaun SPA & Basic ICT
4 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2021, petugas PIK telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada seorang ahli PIK Tanjong Bowang tentang langkah-langkah mendaftar akaun SPA 9 bagi proses permohonan carian kerja Kerajaan. Petugas PIK turut memberi bimbingan tentang cara mengisi maklumat borang secara atas talian dan mengemas kini maklumat peribadi dan akademik beliau di sistem SPA 9 tersebut. Sebelum mendaftar akaun SPA 9, ahli dimaklumkan terlebih dahulu untuk mempunyai akaun emel sebagai langkah pertama sebelum pendaftaran akaun SPA 9.
Oleh yang demikian, petugas PIK telah memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang cara membuka dan mendaftar emel peribadi yang boleh digunakan untuk tujuan permohonan kerja atau kegunaan professional. Selain itu, petugas PIK turut mendedahkan ahli dengan asas pengetahuan ICT seperti cara klik dan menggerakkan tetikus komputer dan juga cara menekan dan menaip papan kekunci agar proses penggunaan komputer lebih mudah dan selesa. Semoga bimbingan yang dikongsikan ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: