Kelas Tutorial Penggunaan Live Streamyard bersama dengan Pembantu Penyelidik UNIMAS melalui Online Zoom dan Live Streamyard
4 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2021, telah diadakan kelas secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting bersama dengan seorang Pembantu Penyelidik UNIMAS tentang cara penggunaan Live Streaming Studio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan tutorial cara penggunaan Live Streamyard kepada beliau yang bakal terlibat sebagai panel dalam sebuah program Bicara Teknologi (Online Live Talk) anjuran PIK Tanjong Bowang pada 4 April 2021. Program tersebut bakal bersiaran langsung di Facebook Page PIK Tanjong Bowang menerusi aplikasi Live Streamyard.
Oleh yang demikian, pihak Pembantu Penyelidik UNIMAS tersebut telah menyertai sesi tutorial ini secara Online Zoom dan mendapatkan bimbingan daripada petugas PIK. Petugas PIK turut mengadakan Mockup Live Streaming menggunakan Live Streamyard untuk melakukan demo penggunaan kepada pihak panel. Antara perkara yang diajar ialah tentang cara mendaftar dan log masuk ke laman web Streamyard. Selain itu, turut diberi penerangan tentang fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam Streamyard seperti butang fungsi “Berkongsi Paparan Skrin”. Beliau turut diberi perkongsian tentang kaedah penyampaian pembentangan kandungan slaid secara maya agar dapat mempersiapkan diri dan memberikan pembentangan yang baik ketika program berlangsung kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: