Kelas Tutorial Penggunaan Live Streamyard bersama dengan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
25 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2021, telah diadakan kelas secara atas talian dengan kolaborasi Pusat Internet Komuniti di Bau melalui aplikasi Zoom bersama dengan En. Jonathan Sidi, Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS tentang cara penggunaan Stream Yard Live Streaming Studio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan tutorial cara penggunaan Live Streamyard kepada pihak panel jemputan yang bakal terlibat sebagai panel jemputan dalam sebuah Program Bual Bicara Santai anjuran Menarik di Bau (MDB) pada 25 Jun 2021 yang berkisarkan topik “Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan Semasa Era Pandemik Covid-19”. Program tersebut bakal bersiaran secara langsung di Facebook Page MDB melalui aplikasi Live Streamyard. Oleh itu, pihak panel yang terlibat dalam program itu telah menyertai sesi tutorial secara Online Zoom ini untuk mengetahui tentang cara mendaftar dan log masuk ke laman web streamyard.com. Selain itu, pihak panel turut diberi tunjuk ajar di laman web Live Streamyard dan diterangkan tentang fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam aplikasi Streamyard. En. Jonathan Sidi turut diberi perkongsian oleh petugas PIK tentang kaedah menyampaikan pembentangan kandungan secara maya agar dapat mempersiapkan diri seperti berikut:
- Persiapan capaian Internet yang mencukupi.
- Pembukaan kata yang menarik perhatian dan penuh keyakinan apabila di hadapan kamera.
- Penampilan yang bersesuaian.
- Aspek visual yang jelas / penggunaan infografik digital
- Aspek penggunaan audio yang jelas dan menggunakan frasa bahasa yang mudah difahami.
Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: