Tutorial Web Design Menggunakan Figma & Taklimat Klik Dengan Bijak
13 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2021, telah diadakan kelas tutorial berkenaan mereka bentuk laman web menggunakan perisian Figma. Kelas tutorial ini telah diadakan secara atas talian melalui Live Streamyard. Para pelajar telah diberikan pendedahan mengenai kelebihan perisian Figma dalam menghasilkan reka bentuk bukan sahaja untuk laman web, tetapi juga boleh diaplikasikan kepada pembangunan reka bentuk aplikasi mobil, poster dan logo. Selain itu, para pelajar turut diterangkan mengenai apa itu konsep prototaip dan kepentingan mempunyai prototaip sebagai asas model sebelum membangunkan sesuatu laman web.
Selain itu, sepanjang perkongsian tutorial ini juga, para pelajar turut diberikan teknik-teknik mudah menggunakan fungsi-fungsi yang ada di dalam Figma. Turut diselitkan tips memilih konsep warna dan elemen-elemen yang bersesuaian yang boleh dipraktikkan dalam proses reka bentuk laman web. Pelajar juga turut diberi perkongsian taklimat Klik Dengan Bijak mengenai topik Blogs. Di dalam taklimat tersebut, para pelajar didedahkan tentang kepentingan menghasilkan kandungan blog yang baik dan paling penting tidak menyentuh sebarang isu sensitiviti yang boleh menyebabkan isu berbangkit dalam kalangan warganet kelak. Moga perkongsian tutorial ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar dan menarik minat terhadap dunia pembangunan reka bentuk laman web dan kandungan digital.
Berikut merupakan pautan live streaming: Live Streaming
Selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: