Kelas Pembelajaran Digital Kreatif Menggunakan Aplikasi CoSpaces Edu
14 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mac 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah Kelas Pembelajaran Digital Menggunakan Aplikasi CoSpaces Edu secara individu bersama dengan seorang pelajar Tahun 1 seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Pembelajaran 3D dan Virtual Learning Menggunakan CoSpaces Edu
Tarikh: 9 April 2022
Masa: 10.30 am – 11.30 am
Di dalam kelas ini, pelajar telah didedahkan dengan konsep pembelajaran 3D iaitu Virtual Learning Environment menggunakan model dan asset yang ada di dalam aplikasi CoSpaces Edu.
Pelajar telah dibawa menerokai Virtual Museum seperti Jurassic Museum dimana pelajar tersebut telah mempelajari mengenai jenis-jenis dinosaurs serta habitat mereka. Begitu juga, penerokaan di dalam Animal Museum. Sepanjang pembelajaran tersebut, pelajar telah diterangkan cara untuk mengerakkan subjek menggunakan papan kekunci dan tetikus.
Selain itu, kakitangan PEDi Tj. Bowang turut berkongsi pengalaman 3D dan Augmented Reality Learning menggunakan aplikasi Assemblr Edu, di mana pelajar boleh melihat objek maya 3-dimensi tersebut di dalam dunia nyata (persekitaran sekeliling) dengan hanya melalui paparan telefon pintar. Imej 3-D tersebut muncul melalui fungsi Scan dan juga penggunaan QR Marker Kad. Sesi ini sangat menarik kerana ternyata pelajar tersebut amat seronok dan teruja dengan teknologi ini.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan ini bersama pelajar dan diharapkan konsep "Bring AR & VR Into The Classroom" dapat menyemarakkan lagi semangat adik-adik yang ingin belajar.
Selamat maju jaya diucapkan !
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: