Kelas Mengenal Bentuk
12 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas bertemakan Mengenali Bentuk menggunakan 4 medium kaedah pembelajaran iaitu seperti berikut:
a) Penggunaan Flash Cards / Kad Imbas
Kakitangan PEDi mempamerkan beberapa kad imbas yang mengandungi rupa bentuk asas dan menarik untuk diperkenalkan kepada pelajar.
b) Cari Bentuk Tersembunyi
Di dalam sesi ini, pelajar diberikan sebuah gambar dan diminta untuk mengenal pasti objek di dalam gambar yang menyerupai rupa bentuk yang diminta oleh kakitangan PEDi.
c) E-Learning (abcya.com)
Pelajar diberi peluang untuk bermain permainan Shapes Construction (Geometry). Permainan ini membantu pelajar untuk mempelajari bentuk geometri asas dan melatih pelajar untuk menggunakan tetikus bagi melengkapkan keseluruhan tugasan.
d) Augmented Reality (AR)
Kakitangan PEDi mengimbas kod QR menggunakan aplikasi Assemblr Edu untuk mendedahkan pelajar dengan pelajaran mengenai Bentuk 3D Kiub menggunakan AR. Pelajar mempelajari mengenai sifat asas Kiub seperti bilangan muka, sisi dan bucu.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan ini bersama pelajar. Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: