Kelas Bimbingan Individu: Menghasilkan Resume Digital Menggunakan Canva
18 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2022, PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan kelas bimbingan individu menghasilkan Resume Digital menggunakan aplikasi Canva seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 17 Disember 2022
Masa: 9:00 pagi – 10:30 pagi
Bilangan peserta: 1
Di dalam kelas ini, peserta telah dibimbing dengan cara-cara membuat resume formal yang akan digunakan untuk memohon kerja dengan menggunakan aplikasi Canva. Peserta telah didedahkan dengan pelbagai jenis template resume yang sesuai untuk digunakan dan cara-cara untuk mengisi maklumat dengan lengkap di dalam resume tersebut.
Selain itu, kakitangan PEDi Tanjong Bowang turut meluangkan masa untuk berkongsi mengenai perkhidmatan yang disediakan di PEDi serta sesi ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak mengenai topik Penipuan Pekerjaan di Media Sosial.
Pada akhir sesi, peserta telah diberikan sijil penyertaan untuk kegunaan beliau pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: