Program Advokasi Jenayah Siber
29 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2022, hari ini kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah membuat perkongsian secara Google Meet berkenaan dengan topik Advokasi Jenayah Siber. Perkongsian ini telah dijalankan bersama dengan ahli dan kakitangan dari PEDi Skio, PEDi Sibuluh dan PEDi Krokong.
Di dalam perkongsian ini, para peserta telah didedahkan dengan beberapa topik seperti berikut:
- Definisi Cyber Crimes
- Jenis-jenis Cyber Crimes
- Cyber Bully
- Cyber Mobbing
- Cyber Stalking
- Cyber Rape
- Love Scam
Kakitangan PEDi turut mengingatkan para peserta agar sentiasa berhati-hati apabila melayari laman media sosial agar tidak terjerumus ke dalam pautan yang tidak bertanggungjawab.
Mereka turut diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap penggunaan Internet dan jadilah pengguna Internet yang beretika dan tidak menyalahgunakan penggunaan Internet.
Terima kasih kepada para peserta dan kakitangan PEDi yang telah terlibat dan semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: