Program Advokasi Ketagihan Internet Dalam Norma Baharu
20 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2022, Pusat Ekonomi (PEDi) Tanjong Bowang telah menganjurkan Program Advokasi Ketagihan Dalam Norma Baharu dalam talian menggunakan platform Google Meet yang mana telah berkolaborasi bersama Pusat Ekonomi Keluaraga Malaysia (PEDi) dalam Daerah Bau Seperti PEDi Bogag, PEDi Serasot, PEDi Krokong, PEDi Skio, PEDi Sibuluh dan PEDi Peninjau Baru.
Tentatif program tersebut ialah:
1. Perkongsian Topik Utama
a. Pengenalan Definisi Ketagihan Internet
b. Penggunaan Internet Sepanjang Tempoh Covid-19 & PKP
c. Punca Peningkatan Kadar Penggunaan Internet Semasa Pandemik Covid-19
d. Kebimbangan Penggunaan Internet yang Tidak Terkawal
e. Jenis Ketagihan Internet Bermasalah Dalam Norma Baharu
I. Permainan Video
II. Media Sosial
III. Online Dating
IV. Membeli atas Talian
V. Oversharing
f. Faktor Pendedahan & Risiko Ketagihan Internet/ Digital Semasa Norma Baharu Covid-19
g. Cara Mengatasi/ Mengurangkan Risiko Ketagihan Internet Dalam Norma Baharu
2. 5 Minit Sharing (Q & A)
3. Sesi Bergambar dan Bersurai
Kakitangan PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu beserta pengalaman berkaitan. Diharapkan ilmu berkaitan dapat dipraktikkan bersama untuk menjadi pengguna internet yang bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: