Reka Bentuk Kad Hari Guru Menggunakan Canva & E-Learning
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas bersama dengan 3 orang pelajar sekolah rendah daripada kawasan komuniti setempat seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Reka Bentuk Kad Hari Guru Menggunakan Canva & E-Learning
Tarikh: 20 Mei 2022
Masa: 2.30 pm – 3.30 pm
Di dalam sesi pertama, pelajar telah dikongsikan mengenai maklumat sambutan Hari Guru setiap tahun pada tarikh 16 Mei yang telah diadakan pada beberapa hari yang lepas. Mereka telah didedahkan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera. Kakitangan PEDi Tj. Bowang telah menerangkan setiap maksud dalam elemen perkataan SEJAHTERA tersebut agar pelajar lebih memahami dan mengerti tentang pentingnya insan bernama guru dalam mewujudkan institusi pendidikan yang kondusif buat pelajar.
Seterusnya, pelajar telah diberi peluang untuk mereka bentuk kad Hari Guru mereka secara digital dengan menggunakan aplikasi Canva. Kakitangan PEDi Tj. Bowang telah memberikan bimbingan tentang cara penggunaan “template” yang sedia ada di dalam aplikasi Canva dan hanya perlu menyunting elemen seperti teks, ikon, GIF ataupun gambar-gambar grafik yang berkaitan.
Selain itu, para pelajar juga diberi peluang untuk meneroka laman web abcya.com di dalam sesi E-Learning mereka. Mereka diberi peluang untuk meneroka permainan-permainan yang ada seperti Giant Hamster Run, Make My Cake, Rally Racer, Alphabet Bingo dan lain-lain. Sesi E-Learning ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran motor serta pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah di dalam permainan tersebut.
Kakitangan PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama dengan para pelajar ini.
Selamat maju jaya diucapkan !
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: