Aktiviti Mencipta Poster Digital Krismas dan Advokasi Klik dengan Bijak : Kenali Risiko Kanak-Kanak di Internet
22 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2022, PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan Aktiviti Mencipta Poster Digital Krismas bersama 2 orang kanak-kanak setempat. Aplikasi yang digunakan untuk mencipta poster digital tersebut ialah Canva. Ketetapan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 21 Disember 2022 (Rabu)
Masa: 9:00 pagi – 10:30 pagi
Tempat: Bilik Latihan PEDi Tanjong Bowang
Golongan sasaran: Kanak-kanak 6 tahun ke atas
Bilangan peserta: 2 orang
Di dalam aktiviti ini, mereka telah dibimbing dengan cara-cara menghasilkan poster yang kreatif dan mudah mengikut peringkat umur mereka.
Selain itu, kakitangan PEDi Tanjong Bowang turut meluangkan masa untuk berkongsi mengenai perkhidmatan yang disediakan di PEDi serta sesi ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak mengenai topik Kenali Risiko Kanak-Kanak di Internet.
Sebagai tanda penghargaan kepada penyertaan mereka, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mencetak poster yang dihasilkan dan diberikan kepada mereka berserta dengan ‘goodies’ sempena Hari Krismas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: