Kelas Kesedaran Kitar Semula & E-Waste
19 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2022, PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah Kelas Kesedaran Kitar Semula & E-Waste bersama dengan salah seorang pelajar Tabika Kemas Tanjong Poting.
Di dalam kelas ini, pelajar tersebut telah didedahkan dengan:
a) Apa itu Kitar Semula?
b) Amalan 3 R (Reduce, Reuse, Recycle)
c) Kepentingan amalan kitar semula terhadap biodiversiti
d) Apa itu E-Waste?
e) Contoh barangan E-Waste
f) Cara pelupusan E-Waste yang benar
Selain itu, pelajar turut diberi peluang bermain Jigsaw Puzzle yang disediakan sebagai aktiviti selingan yang mampu menambahkan keseronokkan kelas.
Pelajar turut berkesempatan bermain permainan Giant Hamster Run di laman web abcya.com sebagai sesi E-Learning, dimana ianya untuk menguji ketangkasan pelajar dalam mengendalikan papan kekunci komputer.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu bersama adik ini, dan selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: