Kelas Reka Bentuk Poster Digital Menggunakan Aplikasi Canva Bersama Komuniti Setempat
30 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 November 2022, PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas reka bentuk poster digital menggunakan aplikasi Canva bersama salah seorang komuniti setempat yang datang untuk menggunakan perkhidmatan ICT.
Di dalam kelas ini, beliau telah diterangkan mengenai aplikasi Canva sebagai platform atas talian yang mudah dan mempunyai lebih banyak ‘template’ untuk dipilih. Beliau juga diajar cara untuk memasukkan gambar dan elemen grafik yang sesuai untuk poster beliau kerana beliau bercadang untuk membuat poster berkenaan dengan percutian beliau di Pulau Pinang minggu lepas.
Kakitangan PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dapat membimbing beliau dalam menjayakan tugas beliau dan diharapkan ilmu yang disampaikan bermanfaat buat beliau
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: