Kelas Tutorial Penggunaan Aplikasi Openboard
30 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mac 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet bersama dengan seorang pelajar dari universiti tempatan. Kelas yang telah diadakan ialah seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Tutorial Penggunaan Aplikasi Openboard
Tarikh: 29 Mac 2022
Masa: 10.30 am – 11.30 am
Di dalam kelas ini, pelajar telah didedahkan dengan:
- Cara muat turun aplikasi Openboard.
- Cara memasukkan teks menggunakan fungsi Textbox.
- Cara menggunakan Pen Tool.
- Cara menukar Background.
- Cara memasukkan bahan dokumen pembentangan.
- Cara berkongsi paparan Openboard ke dalam Google Meet.
Kakitangan PEDi Tanjong Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan ini dan diharapkan dapat membantu pelajar ini agar lebih cemerlang di dalam proses pembelajaran digital beliau. Selamat maju jaya diucapkan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: