Bimbingan Komuniti untuk E-Usahawan PEDi Tanjung Bowang
9 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2023, seorang usahawan setempat yang baru sahaja mendaftar untuk menjadi E-Usahawan di PEDi Tanjung Bowang telah datang ke PEDi untuk mendapatkan Bimbingan Usahawan. Sesi bimbingan tersebut mengambil masa selama lebih kurang 2 jam dari jam 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi.
Antara bimbingan yang diperlukan oleh beliau ialah:
1. Cara promosi produk di media sosial
Buat masa kini, beliau mempunyai 2 akaun media sosial untuk mempromosikan produk jualan beliau iaitu WhatsApp dan Facebook. Namun, tidak begitu mendapat sambutan. Oleh itu, semasa bimbingan usahawan bersama staff PEDi, beliau telah diajar menggunakan WhatsApp Business dan Facebook Page untuk mempromosikan produk jualan beliau secara lebih efektif dan teratur.
2. Cara menghasilkan Profail Usahawan
Beliau ingin meminta tunjuk ajar berkenaan cara-cara menghasilkan profail usahawan yang menarik menggunakan aplikasi digital yang mudah seperti Canva agar lebih ramai pelanggan di luar sana mengenali beliau dan produk jualan beliau.
Hasil dari sesi perbincangan, beliau telah menempah temu janji untuk sesi kedua bimbingan usahawan untuk mempelajari tentang Profile Branding Design.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi untuk mendapatkan khidmat bimbingan usahawan di PEDi Tanjung Bowang. Semoga bisnes beliau kekal maju.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: