Kelas Digital Kids Bertemakan Pembelajaran Mengenali Haiwan Pra-Sejarah: Dinosaurs
26 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2023 (Sabtu), PEDi Tj. Bowang telah mengadakan Kelas Digital Kids yang bertemakan pembelajaran haiwan Pra-Sejarah iaitu Dinosaurs dengan penyertaan seramai 5 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut:
1. Tayangan video / slaid mengenali haiwan Pra-Sejarah Dinosaur.
- Pengurus PEDi Tj. Bowang memberi perkongsian kepada para pelajar berkenaan dengan hidupan dan jenis kumpulan Dinosaurs.
- Para pelajar turut telah menonton tayangan video berkenaan dengan Dinosaurs.
- Para pelajar telah dilatih untuk menaip perkataan dalam masa yang ditentukan melalui laman web Dino Typing.
- Melalui permainan ini, pelajar diuji keupayaan dan kepantasan menaip melalui markah yang terkumpul.
- Para pelajar telah diberi peluang untuk bermain puzzle menggunakan laman web National Geographic Kids.
- Sesi ini telah menguji kebolehan pelajar untuk mengecam dan memadankan kepingan puzzle serta menguji ketangkasan pelajar mengendalikan tetikus.
- Di dalam sesi ini, pelajar telah diajar untuk menggunakan papan kekunci serta tetikus dalam meneroka Dinosaur Safari secara 3-dimensi di laman web CoSpaces Edu.
- Sesi ini memberi pelajar pengalaman meneroka alam maya Dinosaur dengan lebih imersif kerana reka bentuk 3-dimensi yang lebih realistik.
- Pengurus PEDi Tj. Bowang telah memberikan perkongsian beberapa jenis laman web E-Learning yang boleh digunakan untuk tujuan bermain sambil belajar.
- Para pelajar turut berpeluang bermain KDB Word Search untuk memperkasakan pengetahuan advokasi mereka.
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang telah menyertai kelas ini. Diharapkan kelas ini bermanfaat. Selamat maju jaya diucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: