Kelas ICT & Softskill
28 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2023, PEDi Tj. Bowang telah mengadakan sebuah Kelas ICT & Softskill bertemakan Pembelajaran Haiwan bersama dengan 2 buah Tabika Kemas iaitu Tabika Kemas Kg. Segong dan Kg. Barieng dengan penyertaan seramai 19 orang jumlah pelajar.
Antara topik pembelajaran mereka hari ini ialah:
- Pembelajaran melalui laman web National Geographic Kids:
- Di dalam sesi ini, pelajar telah didedahkan dengan tayangan video menarik mengenai Amazing Animals di laman web National Geographic Kids. Kemudian, mereka diberikan kuiz berdasarkan tayangan video tersebut secara lisan. Selain itu, pelajar turut telah serta di dalam Permainan “Matching Pairs” di laman web National Geographic Kids, dimana mereka harus meneka pasangan kad yang sama. Pelajar yang berjaya meneka dan memadankan kad dengan betul telah diberikan token penghargaan.
- Sesi mewarna menggunakan laman web Online Colouring:
- Di dalam sesi ini, pelajar telah diberikan peluang untuk mewarnakan imej African Savannah Animals menggunakan pensil dan palet warna yang ada di dalam laman web tersebut. Sesi ini turut menguji kemahiran pelajar menggunakan tetikus dan kebolehan meng-klik objek dengan baik. Semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dengan jayanya.
- Sesi demonstrasi objek haiwan secara Augmented Reality (AR) menggunakan aplikasi Assemblr Edu:
- Di dalam sesi ini, Pengurus PEDi Tj. Bowang telah mendemonstrasi objek haiwan secara teknologi AR menggunakan aplikasi Assemblr Edu. Imej objek tersebut telah ditampilkan secara maya dalam bentuk 3D di dunia nyata. Sesi ini turut disusuli dengan beberapa penerangan yang diberikan berkenaan dengan topik pembelajaran haiwan tersebut iaitu jenis haiwan Carnivore, Herbivore & Omnivore.
Kelas ini telah mendapat penyertaan dan sambutan yang baik dalam kalangan pelajar dan warga pendidik Tabika Kemas. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dan selamat maju jaya kami ucapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: